Friday 2 September 2011

Tamar Jalis dan Nafiela Books di Dataran Menara Condong, Teluk Intan

Tamar Jalis akan memeriahkan suasana Malam Menghirup Puisi Merdeka pada 10 September 2011 jam 8.30 malam bertempat di Dataran Menara Condong Teluk Intan, Perak. Tamar akan menerima salam perkenalan daripada para peminatnya pada malam tersebut. Oleh yang demikian kepada semua peminatnya yang ingin mengenali lebih dekat' siapa dia Tamar Jalis - Penulis cerita seram tersohor di Malaysia bolehlah datang beramai-ramai pada malam tersebut. Siri Bercakap dengan Jin (SBDJ) telah digarap oleh Tamar Jalis  dalam 284 siri bersamaan dengan 23 tahun 6 bulan adalah merupakan satu rekod Malaysia dan kemungkinan juga diklaskan sebagai rekod dunia. Cerita seram yang ditulis oleh Tamar Jalis lebih hebat  daripada karya JK Rowling menerusi Harry Potter. 

Pada 20 Jun 2011 sewaktu diadakan  Wacana SBDJ anjuran Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk], Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Perak, DBP Wilayah Utara dan Yayasan Perak; Kerajaan Perak telah mengiktiraf SBDJ sebagai karya ulung sekaligus dijadikan khazanah Negeri kerana ia ditulis oleh anak Perak selain cerita SBDJ banyak terakam di negeri itu. Justeru itu dalam program "Pekan Budaya Perak" yang bakal diadakan pada Disember nanti selama seminggu, akan dimasukkan satu slot mengenai SBDJ iaitu Sketsa SBDJ karya Zabidin Hj Ismail dan dilakonkan oleh artis Badan Budaya Perak pimpinan Rashidi Abdul Kharis.

Sementara itu, Nafiela Books akan mempamer dan menjual SBDJ cetakan terbaharu di gerai khas semasa program tersebut berlangsung. Para peminat SBDJ boleh mendapatkan cetakan terkini jilid 1 hingga 5 pada malam itu. (Nota: sebuah jilid novel SBDJ mengandungi 24 siri).

oleh M Zaki Arif

Saturday 6 August 2011

SBDJ Jilid 2 sudah muncul

SBDJ jilid 2 sudah diterbitkan dan bakal dilancarkan di Johor Bahru selepas Hari Raya Aidilfitri. Kulit berwajah baru ini kelihatan lebih menarik kerana di celah-celah pokok berhantu itu bersembunyi seekor jin yang dilihat sekali imbas tidak akan terkesan. Perhatikan betul-betul di situ ada jin sedang menunggu. Berhati-hatilah apabila membaca SBDJ jilid 2 ini...menyeramkan!!

'MEMPERKASA SBDJ SEBAGAI SEBUAH KARYA KREATIF MELAYU TERSOHOR"

Wednesday 27 July 2011

Tamar Jalis di TV1 -4.8.2011-8.15 pagi

PEMINAT-peminat SBDJ sila berada di peti TV anda pada 4 Ogos 2011 jam 8.15 pagi kerana Tamar Jalis ke udara secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia, TV1. Kalau dibuka ruang pertanyaan; tanyalah! Tamar Jalis akan menjawab sebarang pertanyaan. Kemunculan sulung Tamar Jalis di kaca TV Malaysia. Penampilan yang dinanti-nantikan setelah membuaka rahsia pada 20 Jun 2011 di Wacana SBDJ di Ipoh. "Memperkasakan SBDJ sebagai karya kreatif Melayu tersohor"
 
 

Wednesday 20 July 2011

Tempahan dari seberang laut

Huh! SBDJ edisi baru ditempah dari peminat Brazil, Belgium dan German. Tempahan bukan edisi bahasa Inggeris tetapi bahasa Melayu. CEO Nafiela, Encik Syamreen Shafie perlu siapkan cepat edisi seterusnya kerana permintaan bertalu arus termasuk dari luar negara
-Rakan Tamir Jalis, Ipoh.

Monday 4 July 2011

Lensa Wacana dan Pameran SBDJ di Ipoh

 Gambar semasa di Wacana dan Pameran SBDJ di Ipoh pada 20 Jun 2011. Sebanyak 9 Kertas Kerja mengenai pelbagai aspek kandungan SBDJ seperti sejarah, kembara, geografi, petua, kisah benar, psikologi, sosio budaya Melayu serta alam bunian dan jin telah dikupas oleh beberapa sarjana termasuk dari UPSI, USM dan IPG Kampus Ipoh.
Wacana ini telah dirasmi-tutup oleh YB Dato' Zainol Fadzi Hj Paharudin, EXCO Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Negeri Perak.
Dianggarkan tidak kurang 500 peminat SBDJ dari seluruh negara termasuk yang datang dari jauh seperti Terengganu dan Perlis sempat bertemu serta berkenalan dengan Tamar Jalis, pengarang SBDJ yang telah menyembunyikan nama pena itu daripada pengetahuan umum.
Pada hari ini Ahmad Mahmud atau Mohd Radzi Mahmud telah membuka rahsia bahawa beliaulah Tamar Jalis yang merungkaikan misteri para peminatnya.
Pembongkaran misteri ini adalah kerana  seorang rakan yang berjaya memujuknya walaupun sudah bertahan selama 30 tahun.

Gambar bawah: En Mohd Ismail Adnan bersama peminat SBDJ dari Perlis,  En. Irman
 dari kiri: Encik Syamreen Shafei (CEO Nafiela Books Publication / Penerbit SBDJ), Tamar Jalis, Hj Zabidin Hj Ismail (Presiden Karyawan Pk) dan Encik Zamberi A. Malik (pembentang kertas kerja).



Dr. Osman Ayub, Ketua Satu Angkatan Sasterawan Kedah (ASASI) sebagai pengerusi sesi pembentangan.

 Sebahagian para peserta Wacana. Kelihatan Onn Abdullah (S/U Agung Karyawan Pk) berbaju batik belang dan di sebelahnya Hj Kordi Dompol dari Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Teluk Intan (PENTAS)




Dato' Paduka Dr Rosli Saludin (UPSI) dan Dr Affandy Mohd Yusof (baju merah) dari USM turut mengupas kandungan SBDJ



Gambar bawah:
Dari kiri: Penyair Kedah, En Jamaludin D sebelahnya Hj. Elias Hj Idris (Novelis Perak menetap di Puchong, Selangor), Hjh Sabariah Bahari dan Pn Shakirah Abdul Rashid.





Tamar Jalis (baju merah) terpegun melihat pameran SBDJ di Perbadanan Perpustakaan Awam Perak, Ipoh yang berlangsung mulai 16 Jun hingga 16 Julai 2011






Para peminat menyaksikan pameran SBDJ
 Barisan AJK Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) antara penganjur Wacana dan Pameran SBDJ. Dari kanan: Hjh Sabariah Bahari (baju merah) dan sebelahnya Cikgu Rosimah Buyong seorang novelis remaja.

Kelihatan bertopi Malim Ghozali Pk dan berbaju kuning Dato' Khairudin Arshad, Ketua Satu Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS)


Foto-foto ehsan: Puan Shakirah Abdul Rashid (AJK Karyawan Pk) dan Pak Syed (Kuala Lumpur).

Saturday 2 July 2011

Peminat cari sendiri SBDJ terkini


Sdra. Faizul Hisyam telah datang dan mengambil sendiri Buku SBDJ 1 di Pusat Kejiranan Presint 11 Putrajaya jam 9.08 pagi, kebetulan waktu itu saya sedang memperkemaskan keadaan Lanskap di bangunan tersebut sempena lawatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib pada hari Isnin depan. Kebetualan beliau tinggal berdekatan dengan Putrajaya.

Sunday 26 June 2011

Saturday 25 June 2011

Siri Bercakap dengan Jin dicetak dlm bentuk novel antarabangsa

Siri Bercakap dengan Jin (SBDJ) yang disiarkan dalam majalah Variasari semenjak April 1981 hingga Januari 2005 sebanyak 284 siri selama 23 tahun 6 bulan kini dibukukan untuk jilid 1. Sesiapa berminat hubungi sdr Mohd Ismail Adnan di talian 0175296380. Hrg senaskah RM30 termasuk belanja pos. Novel tersohor dan terlaris ini tiada di pasaran terbuka dan hanya dijual secara online. Cetakan terhad sempena Wacana dan Pameran SBDJ yang berlangsung sekarang di Perpustakaan Awam Perak di Ipoh.