Wednesday 27 July 2011

Tamar Jalis di TV1 -4.8.2011-8.15 pagi

PEMINAT-peminat SBDJ sila berada di peti TV anda pada 4 Ogos 2011 jam 8.15 pagi kerana Tamar Jalis ke udara secara langsung dalam program Selamat Pagi Malaysia, TV1. Kalau dibuka ruang pertanyaan; tanyalah! Tamar Jalis akan menjawab sebarang pertanyaan. Kemunculan sulung Tamar Jalis di kaca TV Malaysia. Penampilan yang dinanti-nantikan setelah membuaka rahsia pada 20 Jun 2011 di Wacana SBDJ di Ipoh. "Memperkasakan SBDJ sebagai karya kreatif Melayu tersohor"
 
 

Wednesday 20 July 2011

Tempahan dari seberang laut

Huh! SBDJ edisi baru ditempah dari peminat Brazil, Belgium dan German. Tempahan bukan edisi bahasa Inggeris tetapi bahasa Melayu. CEO Nafiela, Encik Syamreen Shafie perlu siapkan cepat edisi seterusnya kerana permintaan bertalu arus termasuk dari luar negara
-Rakan Tamir Jalis, Ipoh.

Monday 4 July 2011

Lensa Wacana dan Pameran SBDJ di Ipoh

 Gambar semasa di Wacana dan Pameran SBDJ di Ipoh pada 20 Jun 2011. Sebanyak 9 Kertas Kerja mengenai pelbagai aspek kandungan SBDJ seperti sejarah, kembara, geografi, petua, kisah benar, psikologi, sosio budaya Melayu serta alam bunian dan jin telah dikupas oleh beberapa sarjana termasuk dari UPSI, USM dan IPG Kampus Ipoh.
Wacana ini telah dirasmi-tutup oleh YB Dato' Zainol Fadzi Hj Paharudin, EXCO Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Negeri Perak.
Dianggarkan tidak kurang 500 peminat SBDJ dari seluruh negara termasuk yang datang dari jauh seperti Terengganu dan Perlis sempat bertemu serta berkenalan dengan Tamar Jalis, pengarang SBDJ yang telah menyembunyikan nama pena itu daripada pengetahuan umum.
Pada hari ini Ahmad Mahmud atau Mohd Radzi Mahmud telah membuka rahsia bahawa beliaulah Tamar Jalis yang merungkaikan misteri para peminatnya.
Pembongkaran misteri ini adalah kerana  seorang rakan yang berjaya memujuknya walaupun sudah bertahan selama 30 tahun.

Gambar bawah: En Mohd Ismail Adnan bersama peminat SBDJ dari Perlis,  En. Irman
 dari kiri: Encik Syamreen Shafei (CEO Nafiela Books Publication / Penerbit SBDJ), Tamar Jalis, Hj Zabidin Hj Ismail (Presiden Karyawan Pk) dan Encik Zamberi A. Malik (pembentang kertas kerja).



Dr. Osman Ayub, Ketua Satu Angkatan Sasterawan Kedah (ASASI) sebagai pengerusi sesi pembentangan.

 Sebahagian para peserta Wacana. Kelihatan Onn Abdullah (S/U Agung Karyawan Pk) berbaju batik belang dan di sebelahnya Hj Kordi Dompol dari Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Teluk Intan (PENTAS)




Dato' Paduka Dr Rosli Saludin (UPSI) dan Dr Affandy Mohd Yusof (baju merah) dari USM turut mengupas kandungan SBDJ



Gambar bawah:
Dari kiri: Penyair Kedah, En Jamaludin D sebelahnya Hj. Elias Hj Idris (Novelis Perak menetap di Puchong, Selangor), Hjh Sabariah Bahari dan Pn Shakirah Abdul Rashid.





Tamar Jalis (baju merah) terpegun melihat pameran SBDJ di Perbadanan Perpustakaan Awam Perak, Ipoh yang berlangsung mulai 16 Jun hingga 16 Julai 2011






Para peminat menyaksikan pameran SBDJ
 Barisan AJK Persatuan Karyawan Perak (Karyawan Pk) antara penganjur Wacana dan Pameran SBDJ. Dari kanan: Hjh Sabariah Bahari (baju merah) dan sebelahnya Cikgu Rosimah Buyong seorang novelis remaja.

Kelihatan bertopi Malim Ghozali Pk dan berbaju kuning Dato' Khairudin Arshad, Ketua Satu Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS)


Foto-foto ehsan: Puan Shakirah Abdul Rashid (AJK Karyawan Pk) dan Pak Syed (Kuala Lumpur).

Saturday 2 July 2011

Peminat cari sendiri SBDJ terkini


Sdra. Faizul Hisyam telah datang dan mengambil sendiri Buku SBDJ 1 di Pusat Kejiranan Presint 11 Putrajaya jam 9.08 pagi, kebetulan waktu itu saya sedang memperkemaskan keadaan Lanskap di bangunan tersebut sempena lawatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Najib pada hari Isnin depan. Kebetualan beliau tinggal berdekatan dengan Putrajaya.