Sunday 16 November 2014

Dummy Buku Analisis Keunikan dan Kepakaran Melayu dalam Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ)

Latar Belakang Buku Analisis Keunikan dan Kepakaran Melayu dalam SBDJ




Siri Bercakap dengan Jin  (SBDJ) karya Tamar Jalis adalah siri cerita kreatif Melayu yang terbanyak dan paling lama bersiaran dalam sebuah majalah tempatan. Sebanyak 284 siri disiarkan dalam majalah Variasari terbitan Variapop Group, Kuala Lumpur berterusan selama 23 tahun enam bulan mulai bulan April 1981 hingga Januari 2005.

Sebanyak 221 siri telah dibukukan dengan pelbagai tajuk dan paparan corak kulit yang menarik lagi menyeramkan, termuat dalam 16 buah buku. Sebuah buku SBDJ mengandungi kira-kira 24 siri. Menurut Prof. Dr. Adnan Nawang pernah membuat anggaran bahawa SBDJ tercetak lebih sejuta naskhah. Sayangnya, disebabkan siri itu teramat popular, ia dicetak rompak dan dijual di mana-mana, sehingga di pekan-pekan kecil, kedai runcit Mamak dan Cina pun menjual siri itu. Namun demikian terdapat sebanyak 63 siri iaitu 222 hingga  284 belum lagi dibukukan.
 
Antara isi kandungan buku Analisis Keunikan dan Kepakaran Melayu dalam SBDJ ialah;

  • Biografi dan Sumbangan Tamar Jalis dalam Kesusasteraan Melayu
  • Teknik Naratif dan Memoir dalam Penulisan SBDJ
  • Alam Nusantara dalam SBDJ
  • SBDJ: Psikologi Spritual dari Sudut Pandangan Sufi
  • SBDJ Sebuah Karya Sastera
  • Alam Bunian dan Jin dalam SBDJ
  • Perubatan Tradisional dan Persilatan Melayu dalam SBDJ
  • Unsur-unsur Sejarah Tempatan dalam SBDJ
  • Penilaian Kritis Tentang Jampi, Petua dan Mentera dalam SBDJ
  • Kisah-kisah Benar dalam SBDJ
  • Gambar-gambar menarik

Buku  Analisis Keunikan dan Kepakaran Melayu dalam SBDJ  diterbitkan oleh Penerbit KayaCipta dan akan dicetak berdasarkan permintaan (P.O.D) dan tidak dipasarkan secara terbuka. Harga dianggarkan RM30-35 sahaja termasuk biaya pos.

Tempahan boleh dibuat melalui online inbok fb penulis) / emel: sbdj73@gmail.com dengan menyatakan jumlah pesanan, nama, alamat, emel dan no tel bimbit untuk kemudahan berurusan. Buku ini dijangka siap cetak pada awal tahun 2015. Proses cetak akan segera dilakukan sekiranya penerbit menerima pesanan yang mencukupi. Tempahan awal diutamakan. Apabila buku siap cetak, pelanggan akan dihubungi untuk pembayaran. Buku akan dipos sebaik penerbit menerima bayaran daripada pelanggan.

Selamat menempah Buku  Analisis Keunikan dan Kepakaran Melayu dalam SBDJ


Zabidin Haji Ismail, Litt.D
Penulis / Penerbit