Siri Bercakap dengan Jin
(SBDJ) karya Tamar Jalis adalah siri cerita kreatif Melayu yang
terbanyak dan paling lama bersiaran dalam sebuah majalah tempatan. Sebanyak 284
siri disiarkan dalam majalah Variasari
terbitan Variapop Group, Kuala Lumpur berterusan selama 23 tahun enam bulan
mulai bulan April 1981 hingga Januari 2005.
Sebanyak
221 siri telah dibukukan dengan pelbagai tajuk dan paparan corak kulit yang menarik
lagi menyeramkan, termuat dalam 16 buah buku. Sebuah buku SBDJ mengandungi
kira-kira 24 siri. Menurut Prof. Dr. Adnan Nawang pernah membuat anggaran bahawa
SBDJ tercetak lebih sejuta naskhah. Sayangnya, disebabkan siri itu teramat
popular, ia dicetak rompak dan dijual di mana-mana, sehingga di pekan-pekan
kecil, kedai runcit Mamak dan Cina pun menjual siri itu. Namun demikian
terdapat sebanyak 63 siri iaitu 222 hingga
284 belum lagi dibukukan.
- Biografi dan Sumbangan Tamar Jalis dalam Kesusasteraan Melayu
- Teknik Naratif dan Memoir dalam Penulisan SBDJ
- Alam Nusantara dalam SBDJ
- SBDJ: Psikologi Spritual dari Sudut Pandangan Sufi
- SBDJ Sebuah Karya Sastera
- Alam Bunian dan Jin dalam SBDJ
- Perubatan Tradisional dan Persilatan Melayu dalam SBDJ
- Unsur-unsur Sejarah Tempatan dalam SBDJ
- Penilaian Kritis Tentang Jampi, Petua dan Mentera dalam SBDJ
- Kisah-kisah Benar dalam SBDJ
- Gambar-gambar menarik
Buku Analisis Keunikan dan Kepakaran Melayu dalam SBDJ diterbitkan oleh Penerbit KayaCipta dan akan dicetak berdasarkan permintaan (P.O.D) dan tidak dipasarkan secara terbuka. Harga dianggarkan RM30-35 sahaja termasuk biaya pos.
Tempahan boleh dibuat melalui online inbok fb penulis) / emel: sbdj73@gmail.com dengan menyatakan jumlah pesanan, nama, alamat, emel dan no tel bimbit untuk kemudahan berurusan. Buku ini dijangka siap cetak pada awal tahun 2015. Proses cetak akan segera dilakukan sekiranya penerbit menerima pesanan yang mencukupi. Tempahan awal diutamakan. Apabila buku siap cetak, pelanggan akan dihubungi untuk pembayaran. Buku akan dipos sebaik penerbit menerima bayaran daripada pelanggan.
Selamat menempah Buku Analisis Keunikan dan Kepakaran Melayu dalam SBDJ
Zabidin Haji Ismail, Litt.D
Penulis / Penerbit