Tuesday, 28 June 2011

TAMAR JALIS tamatkan "persembunyian"


Oleh Nurhayati Abllah
(Berita Harian, Sastera)
2011/06/28

pix_gal0
PENULIS karya kreatif seram popular, Tamar Jalis kali pertama memperkenalkan diri selepas 30 tahun 'menyembunyikan' identitinya daripada pengetahuan jutaan peminat karya seram, Siri Bercakap Dengan Jin (SBJD).

“Secara peribadi saya tidak mahu dikenali ramai kerana tujuan sebenar saya menulis siri itu untuk dihayati oleh pembaca dan bukan untuk meraih publisiti daripada peminat, tetapi seorang rakan memujuk memandangkan karya saya sudah diiktiraf sebagai khazanah.
"Lagipun, wacana ini diadakan di negeri kelahiran saya dan terpanggil untuk mengikutinya. Saya sendiri terkejut dan teruja selepas melihat ramai peminat SBDJ hadir memberi sokongan pada wacana ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Wacana SBDJ - Memperkasakan SBDJ Sebagai Karya Kreatif Melayu Tersohor', di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, di Ipoh, baru-baru ini.
Majlis berkenaan disempurnakan, Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin serta turut dihadiri isteri Mohamad Radzi, Maznah Mohd Isa, 63.

Beliau yang nama sebenarnya, Mohamad Radzi@Ahmad Mahmud, 73, berasal dari Beruas mengakui sebelum ini ramai yang memujuknya memperkenalkan diri sebagai Tamar Jalis, tetapi enggan berbuat demikian.

Sebanyak 284 siri SBDJ disiarkan dalam majalah Variasari terbitan Variapop Group sepanjang 23 tahun enam bulan, bermula April 1981 hingga Januari 2005 dan digarap dalam bentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya, Kulup Muhamad Diah@Long Mat Piah.

Percetakan semula siri itu bakal dikeluarkan pada September ini dengan 50,000 naskhah dicetak sebagai permulaan, selain bakal muncul dalam versi Bahasa Inggeris tahun depan untuk pasaran luar negara.
Beliau berkata, karya SBDJ itu bukan digarap sembarangan, sebaliknya 60 peratus kandungannya berdasarkan kisah benar dan pengalamannya dengan datuknya pada zaman kanak-kanak mahupun remaja.

Selain dikenali sebagai penulis siri seram terkenal, beliau turut mengakui menjadi buruan pembaca kerana menyangkakan dirinya sebagai seorang pengamal perubatan tradisional.

"Ramai yang ingin mengenali Tamar Jalis kerana inginkan 'sesuatu' atau berubat dengan saya. Namun, hakikatnya saya bukan seorang pengamal perubatan tradisional seperti disangka ramai," katanya.

Zainol Fadzi ketika menutup wacana terbabit mengingatkan khalayak bahawa Kerajaan Negeri Perak menghargai program anjuran Persatuan Karyawan Perak bersama JKKN kerana ia satu daripada usaha untuk memartabatkan karya Melayu khususnya yang ditulis anak Perak.

"SBDJ berjaya mencipta rekod tersendiri di Malaysia apabila diangkat sebagai karya bersiri paling panjang dan paling lama bertahan di negara ini. Ia sewajarnya diangkat sebagai khazanah berharga di Perak.

"Siri itu bukan semata-mata menonjolkan penulisan seram, tetapi turut menyuntik nilai positif mengenai hubungan kekeluargaan, kerohanian, kehidupan budaya Melayu terutama masyarakat di Perak, malah menitik beratkan aspek keagamaan," katanya.

Antara pembentang wacana ialah Ketua Jabatan Kesusasteraan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Dr Rosli Saludin; Pensyarah Kesusasteraan UPSI, Prof Madya Dr Talib Samat dan Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohd Afandy Yusof dan Presiden Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk], Hj Zabidin Hj Ismail.

Sunday, 26 June 2011

Saturday, 25 June 2011

Siri Bercakap dengan Jin dicetak dlm bentuk novel antarabangsa

Siri Bercakap dengan Jin (SBDJ) yang disiarkan dalam majalah Variasari semenjak April 1981 hingga Januari 2005 sebanyak 284 siri selama 23 tahun 6 bulan kini dibukukan untuk jilid 1. Sesiapa berminat hubungi sdr Mohd Ismail Adnan di talian 0175296380. Hrg senaskah RM30 termasuk belanja pos. Novel tersohor dan terlaris ini tiada di pasaran terbuka dan hanya dijual secara online. Cetakan terhad sempena Wacana dan Pameran SBDJ yang berlangsung sekarang di Perpustakaan Awam Perak di Ipoh.